Ahad, 5 Februari 2023 | 4:53pm
Foto dirakamkan 1 Februari 2023 menunjukkan keadaan banjir termenung di Jalan Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. - Foto NSTP/ Nur Aisyah Mazalan
Foto dirakamkan 1 Februari 2023 menunjukkan keadaan banjir termenung di Jalan Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. - Foto NSTP/ Nur Aisyah Mazalan

Lebih 700 mangsa banjir di dua negeri masih di PPS

KUALA LUMPUR: Seramai 757 mangsa banjir di Johor dan Sabah masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di enam PPS berkurangan kepada 623 orang, berbanding 670 orang pada 8 pagi tadi.

Batu Pahat yang mengalami banjir termenung merekodkan 597 mangsa daripada 165 keluarga di lima PPS, manakala 26 orang daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Segamat.

Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.92 meter.

Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 134 orang daripada 40 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS di daerah Beaufort. – BERNAMA

Berita Harian X