KUALA LUMPUR: Hannah Yeoh antara calon muda yang menjadi anggota Kabinet diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Ini kali pertama pemimpin muda DAP ini diangkat sebagai menteri penuh kerana di bawah pimpinan Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pada 2013, beliau yang menang di kerusi Parlimen Segambut pada PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu, menjadi wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Sebelum memasuki bidang politik, Hannah yang berusia 43 tahun pernah berkhidmat sebagai peguam di luar negara iaitu di Tasmania, Australia sebelum mengambil keputusan pulang untuk berkhidmat di tanah air.
Selepas tiga tahun bekerja di sebuah firma guaman di Petaling Jaya, Hannah kemudiannya menyertai syarikat pengurusan acara pada 2006.
Pembabitannya dalam politik bermula hasil dorongan rakan sekolah, Edward Ling dan keduanya-duanya menyertai DAP pada akhir 2006.
Hannah buat pertama kalinya bertanding pilihan raya di kerusi DUN Subang Jaya pada 2008 dan beliau diterima pengundi apabila menang selama dua penggal berturut-turut.
Ketika PRU14, beliau mula bertanding di Parlimen Segambut sebagai calon Pakatan Harapan dan mendapat 53,124 undi dengan majoriti 45,702 undi.
PROFIL: Hannah Yeoh
Tarikh lahir: 9 Januari 1979
Umur: 43 tahun
Jawatan: Ahli Parlimen Segambut, Menteri Belia dan Sukan
Pendidikan:
Pengalaman kerjaya: