Rabu, 30 November 2022 | 5:59pm
Foto hiasan.
Foto hiasan.

RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada paras RM3.85 seliter berbanding RM3.95 seliter bagi tempoh bermula esok hingga 7 Disember ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula mekanisme penetapan harga automatik (APM).

Menurut kenyataan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

"Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Berita Harian X