Ahad, 27 November 2022 | 4:05pm
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. - Foto ihsan ROYAL PRESS OFFICE
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. - Foto ihsan ROYAL PRESS OFFICE

Sultan Johor terima menghadap Anwar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Menerusi muat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim, pertemuan itu diadakan di ibu negara, sehari selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim, turut menerima menghadap Perdana Menteri.

Ketika TMJ menerima menghadap Anwar semalam, Facebook HRH Crown Prince of Johor turut memuat naik beberapa foto mengenai pertemuan berkenaan yang turut disertai Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada Khamis lalu di Istana Negara, selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita Harian X