Khamis, 24 November 2022 | 9:43pm

Cuti umum Isnin ini - PM Anwar

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini sebagai cuti umum selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara berkenaan juga sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

"Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (tubuhkan kerajaan), dan (kini) kita sudah bereskan, Alhamdulillah.

"Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan, iaitu Isnin," katanya pada sidang media, hari ini.

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berita Harian X