Khamis, 24 November 2022 | 9:31pm

Kerajaan perpaduan sudah disertai 3 gabungan utama

KAJANG: Kerajaan perpaduan nasional yang dibentuk hari ini sudah membabitkan penyertaan tiga komponen utama setakat ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ketiga-tiga gabungan itu membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Saya tetap bersedia menerima semua yang lain. Saya menunggu kesediaan rakan-rakan termasuk Perikatan Nasional (PN) walaupun kenyataan Pengerusi PN peringkat awal tidak memberangsangkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita selanjutnya menyusul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Sungai Long Club House. - NSTP/Aswadi Alias
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Sungai Long Club House. - NSTP/Aswadi Alias
Berita Harian X