Khamis, 24 November 2022 | 12:27pm
Sungai Muar - Foto fail
Sungai Muar - Foto fail

Dua sungai lepasi paras amaran, sembilan tahap waspada

KUALA LUMPUR: Dua sungai masing-masing satu di Sarawak dan Johor melepasi paras amaran, manakala sembilan lagi mencapai tahap waspada.

Laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran setakat jam 11 pagi memaklumkan, paras air Long Teru, Miri di Sarawak melebihi tahap amaran iaitu 7.18 meter (m).

Paras Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor juga melebihi tahap amaran iaitu 8.71m berbanding paras normal 8.53m.

"Sungai lain yang mencapai tahap waspada adalah Sungai Similajau, Bintulu di Sarawak. Sungai Muar di Panchor, Muar, Parit Keliling di Kampung Pasir di Johor Bahru, Empangan Sembrong, Batu Pahat, Sungai Sembrong di Batu Sembrong, Batu Pahat dan Sungai Tebrau di Kampung Sri Pandan, Johor Bahru," katanya dalam infobanjir hari ini.

Di Pahang turut terbabit dengan paras air yang waspada di Sungai Serting dan Sungai Triang di Triang, Bera.

Keadaan sama membabitkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam di Selangor dan Sungai Padang Terap di Kg Kubu, Padang Terap di Kedah.

Berita Harian X