Rabu, 23 November 2022 | 8:57pm
Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan di Sungai Sintok, yang kini melebihi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi. - Foto ihsan APM
Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan di Sungai Sintok, yang kini melebihi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi. - Foto ihsan APM

Sungai Sintok melebihi paras bahaya, penduduk diminta berwaspada

KUBANG PASU: Paras air di Sungai Sintok dilaporkan sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat selama lapan jam, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata hujan lebat bermula sejak jam 2 petang berterusan sehingga sekarang.

Berikutan itu, beliau menasihati penduduk berhampiran Sungai Sintok supaya berwaspada, selain mengambil langkah bersiap sedia jika kediaman mereka dinaiki air.

"Anggota APM Kubang Pasu di lapangan masih melakukan pemantauan ketika ini dan dalam keadaan bersiap sedia.

"Pemantauan dilakukan di Sungai Temin, Sungai Sintok, Kampung Changkat Setoi dan Kampung Belukar di Temin serta Sungai Lubok Batu di Pelubang.

"Paras air di sungai lain di daerah itu masih pada paras terkawal. Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka," katanya.

Berita Harian X