Ahad, 6 November 2022 | 6:18pm
Pokok tumbang di Jalan Mahkota, Taman Maluri yang menghempap kenderaan menyebabkan enam cedera - Foto Ihsan Pembaca
Pokok tumbang di Jalan Mahkota, Taman Maluri yang menghempap kenderaan menyebabkan enam cedera - Foto Ihsan Pembaca

Pokok tumbang hempap kenderaan, enam cedera

KUALA LUMPUR: Enam individu cedera selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.07 petang.

"Seramai 18 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

"mendapati terdapat empat kenderaan masing-masing sebuah kereta BMW, kereta Nissan, kereta Perodua Myvi dan sebuah motosikal dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat serta angin kencang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan empat sekeluarga yang menaiki kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan serta trauma, manakala dua individu menaiki motosikal pula mengalami bengkak kaki dan luka.

"Semua mangsa berkenaan dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

"Anggota bomba bertugas sedang memotong dan mengalihkan pokok terbabit bagi membuka laluan yang terhalang.

"Operasi itu turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysi (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

⁃ ends

Keterangan gambar:

1. ANTARA kenderaan yang terbabit dalam kejadian pokok tumbang berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Kuala Lumpur, hari ini.

From: No'Rule

Berita Harian X