Ahad, 14 Ogos 2022 | 12:05am

Amukan Gunung Inas, rakaman pendakian tujuh jam

BALING: Pada 4 Julai lalu, 30 kampung sekitar Kupang dan Baling, dikejutkan dengan bencana yang tidak diduga.

Banjir lumpur dan aliran puing yang dahsyat menghentam kampung mereka sehingga mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan 800 rumah penduduk.

Bencana banjir itu membawa pelbagai sisa dari arah Gunung Inas seperti bongkah kayu, bongkah batu dan pasir turun ke kawasan kampung.

Kru BH, Azrul Affandi Sobry, Hifzuddin Ikhsan, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Danial Saad dalam misi membongkar punca kepala air di Baling, Kedah mengambil masa tujuh jam mendaki Gunung Inas selepas tragedi pada 4 Julai lalu.

Kampung Iboi paling teruk terjejas. Namun, kerisauan penduduk kampung belum reda kerana ada sesuatu yang amat merisaukan mereka.

Bagi mereka, amukan Gunung Inas bila-bila masa boleh kembali.

Bongkah batu yang pecah akibat hentaman kuat kepala air yang ditemui kru BH ketika mendaki Gunung Inas. NSTP/Danial Saad dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Bongkah batu yang pecah akibat hentaman kuat kepala air yang ditemui kru BH ketika mendaki Gunung Inas. NSTP/Danial Saad dan Shahrul Redzuan Zulkifli

Kru Berita Harian (BH) mendaki Gunung Inas selama tujuh jam baru-baru ini untuk meninjau apa yang berlaku dan apa yang ada di puncak.

Dua wartawan, Azrul Affandi Sobry dan Hifzuddin Ikhsan yang juga Ketua Biro BH Kedah serta Shahrul Redzuan Zulkifli (juruvideo) dan Danial Saad (jurugambar) terbabit dalam misi meninjau puncak Gunung Inas selepas tragedi itu.

Rakaman daripada kamera dron menunjukkan pecahan batu ditemui kru BH ketika mendaki ke puncak Gunung Inas. NSTP/Danial Saad dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Rakaman daripada kamera dron menunjukkan pecahan batu ditemui kru BH ketika mendaki ke puncak Gunung Inas. NSTP/Danial Saad dan Shahrul Redzuan Zulkifli

Hasil tinjauan mendapati kerisauan orang kampung ada asasnya. Bencana yang menimpa mereka tentu menyebabkan mereka trauma dan tidak tidur lena.

Setiap kali hujan, degup jantung mereka laju usah dikata. Namun, meskipun kolam besar di puncak Gunung Inas yang menjadi kerisauan mereka, pemerhatian kami melihat sebaliknya.

Wartawan Hifzuddin Ikhsan dan juru gambar Danial Saad ketika pendakian tujuh jam oleh kru BH ke puncak Gunung Inas
Wartawan Hifzuddin Ikhsan dan juru gambar Danial Saad ketika pendakian tujuh jam oleh kru BH ke puncak Gunung Inas

Kolam masih utuh di atas sana tetapi tandak atau empangan kecil yang sebelumnya menjadi punca bencana, terus merisaukan mereka.

Dikhabarkan ada sembilan lagi tandak di tiga sungai kecil atau 'carok' masih aktif yang jika pecah, mungkin akan mengundang bencana.

Juruvideo Shahrul Redzuan Zulkifli dan jurugambar, Danial Saad ditemani penduduk kampung berehat beberapa kali ketika pendakian ke puncak Gunung Inas.
Juruvideo Shahrul Redzuan Zulkifli dan jurugambar, Danial Saad ditemani penduduk kampung berehat beberapa kali ketika pendakian ke puncak Gunung Inas.

Buktinya sudah terbentang di depan mata. Sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.

Persoalannya, kenapa tandak yang tidak sempurna boleh ada di Gunung Inas.

Kuasa alam atau kerana kerakusan manusia.

Tangani segera sebelum ia mengamuk sekali lagi...

Berita Harian X