Isnin, 25 Julai 2022 | 7:23pm
Penguat kuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina agama Islam. - Foto hiasan NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Penguat kuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina agama Islam. - Foto hiasan NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Agensi kerajaan bertindak tegas dalam isu agama

BUKIT GANTANG: Kerajaan tidak pernah memandang ringan dengan pihak yang menghina Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris berkata, dakwaan sesetengah pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa kerajaan seolah-olah tidak memandang serius hal agama, tidak berasas.

"Kita tak akan memandang ringan atau berkompromi dengan mana-mana pihak yang berbuat demikian," katanya selepas program Jualan Bantu Rakyat di Surau Sungai Petai, di sini, hari ini.

Ditanya dakwaan hukuman sedia ada yang dianggap ringan, Idris menegaskan itu bidang kuasa penggubal undang-undang.

"Tugas jatuhkan atau tentukan hukuman bukanlah tugas saya. Itu bidang kuasa undang-undang dan saya tidak boleh campur tangan," katanya.

Berita Harian X