Sabtu, 23 Julai 2022 | 11:08pm
Pasangan pengantin, Atiqah Bazilah dan Mohamad Faizal berarak masuk ke pelamin persandingan di Dewan 2020 hari ini. Foto Bernama
Pasangan pengantin, Atiqah Bazilah dan Mohamad Faizal berarak masuk ke pelamin persandingan di Dewan 2020 hari ini. Foto Bernama

PM, isteri hadir resepsi perkahwinan anak MB Perlis

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 malam ini.

Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.

Resepsi bagi meraikan Atiqah Bazilah dan pasangannya, Mohamad Faizal Che Mohd Din, itu berlangsung meriah.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat ke majlis itu.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd Noor.

Seramai 1,500 tetamu jemputan menghadiri resepsi itu. – BERNAMA

Berita Harian X