Jumaat, 1 Julai 2022 | 6:30pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membaca akhbar BH di pejabat beliau di Putrajaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membaca akhbar BH di pejabat beliau di Putrajaya.

'Tahniah BH, moga terus maju jaya'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Berita Harian (BH) sempena ulang tahun ke-65 yang disambut hari ini.

Beliau berharap BH akan terus berkembang dan menyiarkan berita dan laporan yang tepat dan adil serta membantu kerajaan dalam membangun dan memajukan negara demi Keluarga Malaysia.

Media juga perlu mendidik masyarakat dengan berkongsi ilmu dan maklumat tepat supaya mereka memahami usaha kerajaan menangani pelbagai isu ekonomi global yang turut memberi impak kepada negara.

Beliau juga menegaskan kerajaan tidak pernah menghalang media daripada menyiarkan sebarang laporan berita, yang ada kalanya dijadikan panduan oleh pihak berwajib untuk mengambil tindakan susulan seperti menyalurkan bantuan, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"Kerajaan sentiasa mendengar dan prihatin terhadap laporan yang dibangkitkan media.

"Semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memberi kerjasama kepada media dalam membantu memudahkan penyaluran maklumat yang seimbang, sahih dan memuaskan hati," katanya.

Berita Harian X