Khamis, 30 Jun 2022 | 2:23pm
Che Adam A Rahman
Che Adam A Rahman

1,000 anggota APM tawan 70 puncak gunung, bukit hari ini

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini berjaya menawan 70 puncak gunung dan bukit di seluruh negara secara serentak sempena program Dekad Platinum APM ke-70 Tahun.

Koodinator program Kolonel Pertahanan Awam (PA), Che Adam A Rahman, berkata aktiviti ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran menyelamat dan latihan fizikal anggota APM di kawasan berbukit dan pergunungan.

"Pemilihan 70 bukit dan gunung ini dilakukan APM peringkat negeri dan pendakian bermula seawal 8 pagi tadi secara serentak di seluruh negara.

"Sepanjang pendakian, anggota telah menampal poster kesiapsiagaan keselamatan seperti poster pendidikan mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan dan arah kiblat untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat," katanya kepada Bernama hari ini.

Program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pihak berkuasa tempatan setiap negeri. – BERNAMA

Berita Harian X