Ahad, 26 Jun 2022 | 12:08am
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua, kanan) melihat Buku Profil Koperasi Terbaik Negeri Selangor 2022 selepas melancarkan Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya (dua, kiri) dan Timbaan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rusli Jaafar (kanan).
-BERNAMA

KUSKOP lulus bantuan RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan bantuan kepada 34 koperasi di Selangor, sehingga 1 Jun lalu, membabitkan jumlah keseluruhan RM1.54 juta.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata ia membabitkan sembilan bentuk bantuan, antaranya Bantuan Pembangunan SKM, Program Pengukuhan Koperasi (PPK), Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE), Program Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi (PROSPEK) dan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER).

Tahun lalu, katanya, sebanyak 40 koperasi sudah diluluskan bantuan sama dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.8 juta.

"Sehingga 31 Mei lalu, terdapat sebanyak 90 koperasi baharu didaftarkan di negeri ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,868 koperasi.

"Jumlah itu adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

"Daripada jumlah itu, 11 koperasi tersenarai dalam profil 100 koperasi terbaik di Malaysia, berbanding pada tahun 2019, hanya lapan koperasi," katanya selepas Majlis Makan Malam Hari Koperasi Negara peringkat Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Noh berharap kerajaan Selangor dapat menyediakan sedikit peruntukan untuk koperasi di negeri ini.

"Beberapa kerajaan negeri memang ada menyediakan peruntukan untuk membantu koperasi tetapi di Selangor tiada. Pelik kenapa kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan khusus kepada koperasi.

"Koperasi juga membantu pembangunan kepada kerajaan negeri. Jadi, saya harap kerajaan pandang koperasi kerana ramai ahlinya di sini (Selangor)," katanya.

Berita Harian X