Ahad, 29 Mei 2022 | 3:19pm

Rafizi menang besar di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Negeri Sembilan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR kali ini.

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan di laman rasmi keputusan pemilihan PKR, www.pemilihankeadilan2022.com, Rafizi menang di keseluruhan lapan cabang PKR di negeri itu.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memperoleh 33,453 undi terkumpul mengatasi pencabarnya, yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang memperoleh 23,876 undi.

Rafizi menang bergaya di Jempol selepas mendapat 505 undi manakala Saifuddin hanya memperoleh 28 undi.

Calon Naib Presiden dalam kumpulan Rafizi turut menang bagi merebut jawatan itu didahului Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kah dan G Manivannan.

Aminuddin turut menang dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Port Dickson.

Beliau menewaskan tiga lagi calon M Ravi, B Sivalingam dan Halim Khomiza dengan 1129 undi.

Berita Harian X