Sabtu, 14 Mei 2022 | 10:50am
 Foto hiasan
Foto hiasan

Kes baharu COVID-19 kekal lepasi 3,000

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di negara ini kekal melepasi 3,000 untuk tiga hari berturut-turut dengan 3,029 kes baharu direkodkan setakat malam tadi.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, graf statistik kes harian COVID-19 menunjukkan sedikit penurunan bagi kes baharu.

Jika dibuat perbandingan, pada Rabu lalu, sebanyak 3,321 kes dilaporkan, manakala pada Khamis, sebanyak 3,410 kes direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 setakat ini meningkat kepada 4,473,500 dengan 28,734 daripadanya dikategorikan sebagai kes aktif.

Data COVIDNOW turut memaklumkan kesemua kes penularan harian adalah membabitkan kes penularan tempatan dengan jumlah kes sembuh sebanyak 1,116 kes.

Dalam pada itu, sebanyak lima lagi kematian dilaporkan setakat malam tadi dengan satu daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat COVID-19 meningkat kepada 35,607 kes dengan 7,540 kes berkenaan berada dalam kategori kes BID.

Sementara itu, sebanyak 27,358 kes atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, 1,311 kes (4.6 peratus) pula sedang menerima rawatan di hospital; sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan; 33 kes lagi di ICU, namun tidak memerlukan alat bantuan pernafasan serta hanya 23 kes yang berada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Berita Harian X