Jumaat, 13 Mei 2022 | 12:12am
Debat Perdana antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara malam ini berjalan lancar. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Debat Anwar-Najib berlangsung aman, tanpa provokasi

KUALA LUMPUR: Debat Perdana antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara malam ini berjalan lancar.

Bermula tepat 9 malam, program yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang 'Masa Depan Malaysia' yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.

Bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, pemeriksaan keselamatan yang ketat dibuat ke atas penonton yang hadir sebelum memasuki dewan. – BERNAMA

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika Debat Perdana Anwar-Najib di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Berita berkaitan:

  • Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
  • 'Cash is king', 'king' itu rakyat - Najib
  • Anwar sokong buka semula siasatan 'skandal forex'
  • 'Utamakan kepentingan rakyat bukan selamatkan syarikat gergasi'
  • Najib mahu kestabilan politik, Anwar kata baiki tadbir urus
  • Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
  • Syor Sapura Energy jalani audit forensik
  • Sektor O&G beri sumbangan besar kepada KDNK
  • Empat aspek jadi negara maju berpendapatan tinggi - Najib
  • Berita Harian X