Khamis, 12 Mei 2022 | 9:36pm

Empat aspek jadi negara maju berpendapatan tinggi - Najib

KUALA LUMPUR: Matlamat menjadikan negara maju berpendapatan tinggi perlu dijadikan misi bersama, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, Malaysia perlu menetapkan hala tuju dan mencorak masa depan ekonomi negara.

"Misi dan matlamat tidak lain menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Jadi kita perlu melaksanakan transformasi menyeluruh.

"Untuk mencapainya perlu empat aspek yang dianggap teras iaitu ekonomi kukuh, sektor korporat yang mampan dan berdaya saing, kestabilan politik serta mobiliti sosial," katanya ketika pembukaan Debat Perdana Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) - Najib malam ini.

Berita berkaitan:

  • Debat Anwar-Najib berlangsung aman, tanpa provokasi
  • Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
  • 'Cash is king', 'king' itu rakyat - Najib
  • Anwar sokong buka semula siasatan 'skandal forex'
  • 'Utamakan kepentingan rakyat bukan selamatkan syarikat gergasi'
  • Najib mahu kestabilan politik, Anwar kata baiki tadbir urus
  • Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
  • Syor Sapura Energy jalani audit forensik
  • Sektor O&G beri sumbangan besar kepada KDNK
  • Berita Harian X