Selasa, 10 Mei 2022 | 4:45pm

Aplikasi Waktu Solat Malaysia mudahkan proses ibadah ketika Aidilfitri

AIDILFITRI disambut meriah oleh seluruh umat Islam selepas berpuasa selama sebulan.

Di dalam keseronokan menyambut hari raya, salah satu kebimbangan bagi umat Islam adalah untuk mengetahui waktu solat yang tepat ketika sedang menziarahi saudara-mara di luar negeri.

Dengan adanya aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mudah untuk digunakan serta mesra pengguna ini, umat Islam tidak perlu ragu dan bimbang mengenai jadual waktu solat lagi.

Bukan sahaja dilengkapi dengan Al-Quran digital, aplikasi elegan ini juga antara aplikasi yang mudah untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat dan masjid berdekatan di mana sahaja anda berada.

Sesetengah orang akan mendengar azan yang datang dari pembesar suara masjid atau surau tempat mereka dan ada juga yang lebih suka mengikuti azan yang disiarkan di TV mahupun radio.

Kepada pengguna yang lebih gemar mendengar azan serta memeriksa jadual waktu solat di telefon mereka, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini pilihan bijak untuk mengetahui jadual waktu solat yang tepat tanpa rasa ragu-ragu.

Ketika sedang menyambut Aidilfitri, anda boleh menggunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan untuk mengerjakan ibadah di mana sahaja anda berada.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store hari ini.

Berita Harian X