Ahad, 1 Mei 2022 | 2:38pm
Orang ramai mengambil peluang terakhir cuti hujung minggu ini untuk membeli tiket pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Aidilfitri ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan. - NSTP/Azhar Ramli

Guna pengangkutan awam sambut raya di kampung

KUALA LUMPUR: Orang ramai mengambil peluang terakhir cuti hujung minggu ini untuk membeli tiket pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Tinjauan BH di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menyaksikan orang ramai masih beratur sesak di kaunter pembelian tiket bas untuk membeli secara 'walk in'.

Bagaimanapun ada yang mengambil pendekatan membeli tiket secara dalam talian seawal dua minggu lagi.

Bagi Hanim Manap, 55, berkata ini adalah kali pertama beliau pulang ke kampung halaman di Johor menggunakan pengangkutan awam berbanding sebelum ini menaiki kereta bersama anak-anaknya.

Hanim Manap.
Hanim Manap.

Terminal Bersepadu Selatan masih sesak dengan orang ramai yang mahu pulang beraya di kampung. - NSTP/Azhar Ramli
Terminal Bersepadu Selatan masih sesak dengan orang ramai yang mahu pulang beraya di kampung. - NSTP/Azhar Ramli

Katanya, seawal dua minggu tiket bas sudah dibeli menerusi aplikasi dalam talian bagi mengelakkan kehabisan tiket.

"Bagaimanapun, sebaik saja saya sampai di TBS, penjaga di kaunter bas mengatakan bas tidak boleh masuk ke dalam dan mereka akan menggantikan masa perjalanan yang baharu.

"Sepatutnya saya bergerak pulang menaiki bas bersama anak pada jam 12 tengahari, namun ia terpaksa diubah pada waktu ditetapkan.

"Rasa nak marah juga kerana perlu beratur lagi dan berurusan semula dalam keadaan orang ramai yang beratur di kaunter, tapi nasib baik masa baharu ditukar itu tidak terlalu lama.

"Harap perjalanan akan lancar dan dapatlah saya berbuka dengan sanak saudara nanti," katanya yang menetap di Ampang.

Difahamkan, orang ramai mula membanjiri TBS sejak Khamis lalu dan dijangka akan terus sesak sehingga Selasa ini.

Orang ramai masih beratur sesak di kaunter pembelian tiket bas untuk membeli secara ‘walk in’. - NSTP/Azhar Ramli
Orang ramai masih beratur sesak di kaunter pembelian tiket bas untuk membeli secara ‘walk in’. - NSTP/Azhar Ramli

Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Afandi Jamil, 36, berkata kebenaran untuk pulang menyambut Aidilfitri pada tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Katanya, selepas hampir dua tahun tidak dapat pulang berhari raya, tahun ini beliau sangat teruja kerana berpeluang menyambut di kampung halaman Taiping, Perak.

"Alhamdulillah, saya sudah beli tiket secara dalam talian seminggu awal untuk anak dan isteri.

"Saya terpaksa bekerja lagi, jadi saya perlu hantar mereka dahulu pulang ke kampung halaman," katanya.

Tinjauan BH di stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) seawal jam 10 pagi menyaksikan tidak berlaku kesesakan yang ketara.

Rata-rata dilihat mempunyai tiket perjalanan menaiki kereta api.

Tinjauan keadaan suasana orang awam menggunakan pengangkutan awam di KL Sentral. - NSTP/Genes Gulitah
Tinjauan keadaan suasana orang awam menggunakan pengangkutan awam di KL Sentral. - NSTP/Genes Gulitah

Berita Harian X