Khamis, 28 April 2022 | 12:28pm

Lactel pilihan minuman lebih sihat sepanjang Ramadan, Syawal

SETIAP kali menjelang Ramadan dan Syawal, orang ramai pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah istimewa yang lazimnya dapat dirasai sekali sahaja dalam setahun. 

Namun, pengambilan pelbagai jenis makanan secara berlebihan pada satu-satu masa mungkin berisiko mengganggu sistem penghadaman.

Justeru, makan atau minum hidangan berkhasiat seperti rangkaian produk Lactel ketika waktu sahur dan berbuka dapat membantu melindungi usus di samping membekalkan nutrisi lengkap ketika berpuasa. 

Bliss Kurma Gula Melaka

Image

Cabaran utama bagi umat Islam dalam bulan Ramadan sudah tentu ibadah puasa itu sendiri apabila mereka yang berpuasa perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga pada siang hari. 

Justeru, bagi mengelakkan puasa terganggu akibat keletihan atau masalah lain, setiap individu perlulah membuat persediaan awal supaya tubuh kekal bertenaga sepanjang masa. 

Sebagai langkah mudah, orang ramai disarankan untuk minum minuman yogurt rendah lemak Lactel Edisi Terhad Bliss Kurma Gula Melaka pada waktu sahur dan berbuka. 

Dengan minuman ini, anda tidak perlu bersusah payah menyiapkan minuman berkhasiat lain seperti campuran susu dan kurma kerana Lactel Bliss Kurma Gula Melaka mengandungi kultur aktif yang mampu menawarkan lebih manfaat untuk anda. 

Selain kaya dengan kebaikan, minuman ini juga mempunyai rasa lazat yang tiada tandingan dan pasti digemari setiap peringkat umur. 

Image

Namun, bagi yang tidak menggemari minuman berasaskan kurma, anda boleh memilih untuk menikmati minuman yogurt Lactel Temptation yang menawarkan rasa lebih berkrim. 

Untuk edisi Lactel Temptation, minuman ini didatangkan dengan tiga perisa berbeza iaitu rasa asli, strawberi dan buah markisa. 

Yogurt Lactel Set Asli

Sementara itu, Lactel turut memperkenalkan produk baharu iaitu Yogurt Lactel Set Asli yang mengandungi hanya 1.6 gram (g) lemak dalam setiap 100g yogurt serta kaya dengan kebaikan kalsium. 

Produk yogurt ini juga sesuai dimakan begitu sahaja kerana ia mempunyai sedikit rasa manis (tanpa gula tambahan) sebagai penambah selera. 

Lebih menarik, Yogurt Lactel Set Asli boleh digunakan dalam masakan sama ada untuk memasak rendang, kuih raya atau juadah istimewa yang lain. 

Anda boleh mencuba pelbagai resipi masakan menarik menggunakan Yogurt Lactel Set Asli menerusi  pautan ini

Raya lebih sihat dengan Lactel 

Dengan segala kelebihan dan khasiat yang ditawarkan, Lactel menjanjikan sambutan lebaran seisi keluarga anda tahun ini lebih sihat serta bermakna.

Justeru, jangan lupa untuk kongsikan kebaikan Lactel dengan rakan atau insan tersayang yang lain sepanjang Ramadan ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lactel Bliss Edisi Terhad Kurma Gula Melaka atau rangkaian produk Lactel, www.lactel.com.my.

Berita Harian X