Ahad, 3 April 2022 | 3:42pm
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor memantau stesen minyak di negeri ini susulan tular gambar kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi RON95 yang didakwa berlaku di daerah ini. NSTP/ IHSAN KPDNHEP

KPDNHEP Johor pantau stesen minyak susulan warga asing guna RON95

JOHOR BAHRU: Pemilik stesen minyak di negeri ini berdepan tindakan tegas, jika didapati tidak memantau kenderaan berpendaftaran asing yang menyalah guna petrol RON95 untuk pengisian pada kenderaan mereka.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata pihaknya juga sudah mengarahkan penguat kuasa memantau stesen minyak di negeri ini bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalah guna petrol RON95.

Katanya, larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010.

"KPDNHEP Johor akan membuat siasatan terhadap beberapa gambar tular kenderaan dengan nombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95, sedangkan kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan RON95.

Tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 bersubsidi di sebuah stesyen minyak di Johor. - Foto media sosial
Tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 bersubsidi di sebuah stesyen minyak di Johor. - Foto media sosial

"Kita sudah gerakkan penguat kuasa memantau stesen minyak di negeri ini khususnya yang berada di bandar raya ini. Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat termasuk gambar serta lokasi stesen minyak, jika mereka terserempak dengan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95.

"Aduan boleh disalurkan menerusi e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-2794317 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

"KPDNHEP Johor akan mengambil tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial gambar beberapa kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi petrol RON95 yang dipercayai di stesen minyak sekitar bandar raya ini.

Ia susulan pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura Jumaat lalu yang membolehkan pengembara dari republik itu memasuki negara ini sama ada menerusi Tambak Johor atau SecondLink di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Mohd Hairul Anuar berkata, pihaknya memandang serius aspek penjualan petrol RON95 bagi kenderaan nombor pendaftaran asing, jika ia terbukti berlaku baru-baru ini.

"Kita akan pertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dengan mengerakkan 200 anggota penguat kuasa untuk melakukan pemeriksaan stesen minyak bagi memastikan kegiatan ini dapat ditangani," katanya.

Pemilik stesen minyak yang didapati gagal memantau penyalagunaan petrol RON95 boleh disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Ia membawa hukuman pada denda maksimum RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda maksimum RM3,000,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, manakala hukuman bagi syarikat, denda maksimum RM2,000,000 dan bagi kesalahan kedua serta berikutnya denda maksimum RM5,000,000.

Berita Harian X