Rabu, 16 March 2022 | 10:06am
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengesahkan tiada kejadian tumbahan atau pencemaran minyak di Pantai Cermin Port Dickson. - Foto JASNS.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengesahkan tiada kejadian tumbahan atau pencemaran minyak di Pantai Cermin Port Dickson. - Foto JASNS.

Tiada pencemaran minyak di Pantai Cermin

SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tiada kejadian tumpahan atau pencemaran minyak berlaku di Pantai Cermin Port Dickson seperti mana dilaporkan sebuah akhbar.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa pihaknya sudah menghantar satu pasukan untuk menjalankan siasatan di lokasi berkenaan, semalam.

"Berdasarkan carian disistem geospas dan googlemap, lokasi kejadian membabitkan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Setelah tiba di lokasi, pasukan penyiasat telah memeriksa keadaan air laut di sepanjang Pantai Cermin dan pemerhatian secara fizikal mendapati tiada kesan tumpahan minyak di sepanjang pantai berkenaan.

"Terdapat kesan habuk kayu bakau di beberapa bahagian sekitar Pantai Cermin. Pasukan penyiasat turut melakukan tinjauan secara fizikal di kawasan paya bakau dan hanya kesan habuk kayu bakau ditemui di kawasan itu, tiada kesan tumpahan atau tompokan minyak ditemui," menurut kenyataan itu.

Katanya, pasukan penyiasat turut melakukan pemantauan fizikal keadaan air di sepanjang pantai dan juga di kawasan paya bakau serta di sekitar Pantai Cermin.

Berita Harian X