Sabtu, 12 March 2022 | 9:20am
McDonald’s Malaysia komited membantu pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan peluang pekerjaan, membantu kanak-kanak istimewa dan menyalurkan bantuan kebajikan melalui pembayaran zakat korporat. - FOTO McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia komited membantu pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan peluang pekerjaan, membantu kanak-kanak istimewa dan menyalurkan bantuan kebajikan melalui pembayaran zakat korporat. - FOTO McDonald’s Malaysia

McDonald's Malaysia rasmi restoran pandu lalu Tampin

TAMPIN: Restoran khidmat segera terkemuka, McDonald's Malaysia, meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran pandu lalu baharu di sini, baru-baru ini.

Pembukaan restoran itu selaras dengan pelan pembangunan McDonald's Malaysia menerusi peningkatan prestasi perniagaan di samping menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam mentransformasikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri membangun.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmi Jaafar, berkata  pembukaan McDonald's Tampin bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping membuka peluang pekerjaan bagi komuniti setempat sekali gus dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Image

Restoran ini adalah restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan, menawarkan akses mudah kepada pelanggan dari pelbagai kawasan. 

Menurut McDonald's Malaysia, sejak restoran ini dibuka pada penghujung tahun 2020, ia berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan serta membanggakan bagi sebuah restoran yang masih muda.  

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.  

"Sokongan dan kerjasama syarikat korporat seperti McDonald's, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini," katanya. 

Bangunan asal Restoran McDonald's Tampin adalah Rumah Rehat Tampin dan ia diambil alih oleh McDonald's Malaysia bagi membuka restoran McDonald's.  

Restoran ini juga menjadi restoran pertama yang mempunyai reka bentuk unik berinspirasikan bumbung panjang yang cukup sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan 

Selain reka bentuk unik, Restoran McDonald's Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  

Image

Bilik terapi sensori disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya daripada keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka.  

Sehingga kini, Ronald McDonald House Charity (RMHC) membangunkan sebanyak 35 bilik terapi sensori di seluruh negara menjadikan ia sebagai rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih daripada RM4 juta dan memanfaatkan lebih daripada 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.  

Image

Pada majlis sama, McDonald's Malaysia turut menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  

MAINs diwakili oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Dr Abd Aziz Sheikh Ab Kadir.

Berita Harian X