Rabu, 9 March 2022 | 1:23pm
Kediaman EcoWorld menjanjikan pengalaman indah buat penduduk dengan pelbagai kemudahan luaran dan dalaman. - FOTO EcoWorld
Kediaman EcoWorld menjanjikan pengalaman indah buat penduduk dengan pelbagai kemudahan luaran dan dalaman. - FOTO EcoWorld

EcoWorld tawar rumah inovatif impian keluarga

Memiliki rumah idaman dengan persekitaran kondusif sememangnya menjadi impian semua.

Antara ciri-ciri sering menjadi pilihan pastinya yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan moden, serta menawarkan persekitaran tenang untuk keselesaan keluarga.

Di EcoWorld, impian anda bakal direalisasikan dengan kediaman berkonsepkan inovatif yang hadir dengan pelbagai kemudahan dan landskap indah serta memenuhi keperluan seisi keluarga.

Cipta masa hadapan bersama pelanggan

ImagePerbandaran EcoWorld bukan sekadar kediaman biasa, namun lebih daripada aspirasi sebenar, selari dengan kempen terbaharu syarikat yang mencipta kehidupan masa hadapan untuk generasi.

Usaha ini adalah inisiatif syarikat dalam memenuhi kehendak pelanggan sekali gus melengkapkan gaya hidup dan memupuk komuniti yang berkembang maju serta mampan.

Antara tiga projek perbandaran EcoWorld di Johor yang dicipta bersama pelanggan adalah Eco Spring, Eco Botanic dan Eco Tropics.

Eco Spring

Eco Spring yang terletak di Koridor Tebrau kini menawarkan Garden Home berkonsepkan seni bina Eropah.

Terletak di tengah-tengah kehijauan dan taman, Garden Home di Eco Spring menjanjikan pengalaman menarik buat penduduk dengan taman sisi 10 kaki* dan taman lorong belakang 20 kaki*.

ImageEco Spring adalah residensi berpagar dan dilengkapi dengan pengawal.

Kawasan ini juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti pusat perubatan, pasar raya besar, sekolah dan hab pengangkutan. 

Lokasi Eco Spring sangat strategik dan mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama, termasuk Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pasir Gudang.

Image

Lebih menarik, dalam Eco Spring juga ada pusat komersial - Eco Palladium, ia berkonsepkan persekitaran Eropah klasik mewah dan menyajikan pelbagai barangan dan kemudahan untuk semua.

ImageSelain itu, Eco Spring turut dilengkapi Spring Labs yang menarik, cantik serta sesuai untuk dijadikan tempat bergambar.

Hubungi wakil jualan Eco Spring untuk maklumat lebih lanjut. Klik pautan ini.

Eco Tropics

Selain itu, EcoWorld juga menawarkan Co-Home di Eco Tropics. 

Tidak sama seperti rumah teres tradisional, Co-Home adalah kediaman dua tingkat yang mempunyai dua pemilik berbeza. 

Ia dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air beserta dua tempat letak kereta sebelah menyebelah dan kebun belakang rumah berkeluasan 20 kaki*.

Image

Dengan gabungan indah persekitaran kehijauan dan ketenangan, ia mewujudkan persekitaran ideal untuk keluarga berkembang.

ImageKawasan komersial utama di Eco Tropics iaitu Eco Vantage kini sedia untuk usahawan dan pemilik bisnes yang ingin mengembangkan perniagaan.

Eco Vantage adalah kedai dua setengah tingkat yang mempunyai ruang dalaman besar, sangat sesuai dijadikan ruang perniagaan atau sebagai ruangan bekerja.

Image

Eco Tropics turut berhubung dengan Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Senai Desaru dan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL). 

Hubungi wakil jualan Eco Tropic untuk maklumat lebih lanjut. Klik pautan ini.

Eco Botanic

Terletak di Iskandar Puteri, rumah teres dua tingkat Eco Botanic ini memiliki empat bilik dan tiga bilik air, memberikan tanggapan pertama gaya hidup pemilik rumah yang mementingkan keselesaan.

Ia juga adalah rumah teres dua tingkat terakhir yang dilengkapi dengan taman belakang di Eco Botanic.

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai kebun belakang yang berkeluasan 20 kaki* membolehkan kanak-kanak menikmati aktiviti luar tanpa kehadiran kereta dan kenderaan lain di zon bebas kereta ini.

Image

Lebih menarik, pusat komersial Eco Boulevard yang terletak di Eco Botanic mempunyai rangkaian kedai popular seperti Starbucks, Watsons dan sebagainya.

Image

Eco Galleria yang baru dibuka juga sedia menawarkan pengalaman membeli-belah, makanan enak dan hiburan unggul. Tambahan lagi, ia juga satu lokasi strategik untuk pemilik bisnes yang ingin mengembangkan perniagaan.

Eco Botanic turut terletak berhampiran akses mudah ke Lebuhraya Pantai, Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Skudai.

Hubungi wakil jualan Eco Botanic untuk maklumat lebih lanjut. Klik pautan ini.

Secara jelasnya EcoWorld adalah pemaju hartanah yang memahami keperluan semua sekali gus menjadi penyelesaian inovatif buat anda sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin mereka masa hadapan bersama projek EcoWorld, sila layari laman sesawang di sini atau kunjungi pejabat pejabat jualan EcoWorld untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Berita Harian X