Selasa, 8 March 2022 | 12:28pm

315 mangsa banjir kilat di KL masih berada di PPS

KUALA LUMPUR: Seramai 315 mangsa banjir masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar bandar raya hari ini.

Semua mangsa kini di tempat di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Pantai Dalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, kesemua mangsa terdiri daripada 93 keluarga.

"Setakat ini ada 109 mangsa banjir dari 46 keluarga terdiri daripada penduduk Kampung Periuk dan Jalan Raja Bot, ditempatkan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman.

"Mangsa banjir di Kampung Pasir, Pantai Dalam, yang ditempatkan di PPS SJKT Saraswathy terdiri daripada 206 mangsa yang membabitkan 46 keluarga," katanya.

Katanya, ketika kejadian hujan lebat yang berlaku pada jam 4 petang semalam mengakibatkan air naik setinggi satu meter iaitu bersamaan dengan paras pinggang.

Mangsa banjir di Kampung Periuk ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri
Mangsa banjir di Kampung Periuk ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri

Wakil Yang Di Pertuan Agong menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Periuk di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri
Wakil Yang Di Pertuan Agong menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Periuk di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri

Tuan Sharifah Zaharah Tuan Long, 40, mangsa banjir di Kampung Periuk, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri
Tuan Sharifah Zaharah Tuan Long, 40, mangsa banjir di Kampung Periuk, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri

Katanya, kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.

"Dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500mm menjadikan purata bacaan (kira-kira) 200 mm sebulan, namun dalam tempoh dua jam sahaja hujan semalam bacaan yang direkodkan adalah melebihi 106 mm iaitu lebih setengah purata bulanan.

"Ini adalah berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), semalam," katanya.

Mangsa banjir di Kampung Periuk ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri
Mangsa banjir di Kampung Periuk ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - NSTP/Fathil Asri
Berita Harian X