JOHOR BAHRU: Seramai 1,693 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini menangguhkan peperiksaan SPM bermula hari ini disebabkan terpaksa menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, jumlah itu membabitkan mereka yang tidak hadir hari pertama peperiksaan itu.
"Selain 907 calon disahkan positif, baki 786 calon lagi kini menjalani kuarantin dan mereka ini akan menduduki SPM pada sidang kedua April nanti," katanya hari ini.
Seramai 50,317 calon berdaftar menduduki SPM di neggeri ini tahun ini.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, calon SPM 2021 yang disahkan positif Covid-19 atau berada dalam tempoh kuarantin akan dibenarkan menduduki peperiksaan berkenaan pada sidang kedua April nanti.