Selasa, 1 March 2022 | 3:08pm

'Siasat segera ratusan ribu balak hanyut di Tasik Kenyir'

KUALA BERANG: Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik Kenyir sejak Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, berkata kawasan daerah Hulu Terengganu, terutama sekitar Tasik Kenyir, bukannya zon pembalakan.

Beliau mendakwa, sejak Isnin lalu, ratusan ribu batang balak dan sisa hutan dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir sejak Isnin lalu.

"Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca berlakunya kejadian itu.

"Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tebing di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir," katanya kepada media hari ini.

Penduduk melihat kesan tanah runtuh ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu berdekatan Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jenagor. - NSTP/Ghazali Kori
Penduduk melihat kesan tanah runtuh ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu berdekatan Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jenagor. - NSTP/Ghazali Kori

Penduduk berjalan meredah lumpur selepas air surut di Sungai Kampung Dusun berikutan penutupan Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jenagor. - NSTP/Ghazali Kori
Penduduk berjalan meredah lumpur selepas air surut di Sungai Kampung Dusun berikutan penutupan Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jenagor. - NSTP/Ghazali Kori

Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri digesa melakukan siasatan berhubung kejadian ratusan kayu balak hanyut di Tasik Kenyir sejak kelmarin. - Foto ihsan BOMBA
Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri digesa melakukan siasatan berhubung kejadian ratusan kayu balak hanyut di Tasik Kenyir sejak kelmarin. - Foto ihsan BOMBA

Ratusan ribu batang balak dan sisa hutan dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir sejak Isnin lalu. - Foto ihsan BOMBA
Ratusan ribu batang balak dan sisa hutan dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir sejak Isnin lalu. - Foto ihsan BOMBA

Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tebing di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir. - Foto ihsan BOMBA
Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tebing di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir. - Foto ihsan BOMBA

Rozi berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan air bersih dan bakul makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Tadok, di sini, hari ini.

Rozi menegaskan yang kes balak hanyut bukannya isu politik, tetapi Jabatan Perhutanan dan kerajaan negeri serta TNB perlu menyiasat serta menjelaskan kepada rakyat.

"Beberapa kawasan di Hulu Terengganu termasuk di Tasik Kenyir bukannya zon pembalakan, tetapi agak menghairankan apabila balak dan sisa hutan tiba-tiba timbul di permukaan air akibat dihanyutkan arus," katanya.

Berita Harian X