Isnin, 28 Februari 2022 | 9:55am
Orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP ) ditetapkan ketika menunaikan solat Jumaat susulan negeri Selangor membenarkan sehingga 2,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) termasuk pentadbir dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.

KLANG 25 FEBRUARI 2022. Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) memeriksa status vaksinasi setiap jemaah yang hadir sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Kampung Idaman, Pelabuhan Klang susulan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh Selangor bermula hari ini, berdasarkan ketetapan terkini diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu. STR/FAIZ ANUAR

SOP terkini solat Jumaat diperkenan Sultan Selangor demi kemaslahatan umat

SHAH ALAM: Ketetapan terkini solat Jumaat di Selangor yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, sudah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Mohd Zawawi Mughni, berkata perkenan itu adalah keprihatinan baginda untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berikutan perkembangan terkini pandemik di negeri itu.

"Kerajaan negeri prihatin dengan keluhan dan rungutan umat Islam di Selangor yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat pada 25 Februari lalu berikutan belum menerima dos penggalak.

"Kerajaan negeri menegaskan ketetapan itu berdasarkan perkenan Sultan Selangor melalui surat arahan JAIS nombor rujukan JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.6(13), bertarikh 21 Februari 2022, bertajuk, Arahan Mempertingkatkan Penguatkuasaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Masjid, Surau dan Musolla Negeri Bagi Mengawal Pandemik COVID-19.

"Pendekatan menggalakkan rakyat negeri ini mengambil dos penggalak adalah bertepatan dengan salah satu prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara nyawa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zawawi berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesihatan dan kemakmuran rakyat jelata dan sentiasa berusaha mengambil tindakan terbaik untuk mencapai maksud itu.

"Kerajaan juga yakin bahawa perkenan Sultan Selangor mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi menyertai solat Jumaat di masjid adalah berasaskan konsep Fiqhiyyah, iaitu sadd adz-dzara'i.

"Konsep ini bermaksud mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa ke arah kerosakan dan bahaya.

"Kerajaan negeri menasihati rakyat negeri agar segera mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 bagi memastikan kesihatan diri sendiri, keluarga dan kepentingan awam.

"Dos penggalak ini boleh diambil secara percuma di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) yang berhampiran," katanya.

Berita Harian X