Sabtu, 26 Februari 2022 | 1:48pm
Bakal pengantin, Zaleha Ahmad, 25 (dua, kanan) terpaksa meredah banjir di hadapan rumahnya untuk ke majlis akad nikah berikutan hujan lebat di Kampung Matang, Hulu Terengganu hari ini. Mangsa banjir di Hulu Terengganu turut meningkat kepada 652 mangsa daripada 197 keluarga di 11 PPS berbanding hanya lima PPS bagi menempatkan 97 keluarga membabitkan 387 mangsa. - foto BERNAMA

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini di seluruh Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Terengganu ia membabitkan kawasan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Kelihatan kanak kanak meredah banjir selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Matang, Hulu Terengganu. Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 2,500 orang. - Foto NSTP/ Ghazali Kori

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di seluruh Perlis, Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling manakala di Perak meliputi Hulu Perak.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan untuk Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

"Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Terengganu meliputi Kemaman, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)," kata kenyataan itu. – BERNAMA

Berita Harian X