Ahad, 6 Februari 2022 | 2:02pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Omicron kini varian dominan di Sarawak

KUCHING : Varian COVID-19, Omicron kini menggantikan Delta sebagai varian paling dominan di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera, berkata kadar pengesanan 78 peratus Omicron ditemui daripada data pengawasan kes positif yang dijalankan antara 3 Januari hingga 26 Januari lalu.

Beliau berkata, pengesanan itu adalah hasil ujian terhadap 58 sampel yang diambil dalam tempoh itu.

"Daripada jumlah itu, 45 varian Omicron dikesan manakala 13 lagi adalah varian Delta VoG.

"Kadar pengesanan 78 peratus menunjukkan bahawa Omicron kini menggantikan Delta sebagai varian dominan di Sarawak," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam laporan terbaharunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Dr David berkata, kes Omicron itu dikesan dalam sampel yang diambil di Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri.

"Kebanyakan kes itu dikesan berlaku melalui penularan dalam komuniti," katanya.

Menurutnya lagi, berikutan peningkatan semula kes lositif COVID-19 di negara ini, beliau yang juga ahli Kumpulan Penasihat Vaksin Covid-19 Sarawak (SCoVAG), menasihatkan orang ramai yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya seOleh Mohd Roji Kawi

KUCHING : Varian COVID-19, Omicron kini menggantikan Delta sebagai varian paling dominan di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera, berkata kadar pengesanan 78 peratus Omicron ditemui daripada data pengawasan kes positif yang dijalankan antara 3 Januari hingga 26 Januari lalu.

Beliau berkata, pengesanan itu adalah hasil ujian terhadap 58 sampel yang diambil dalam tempoh itu.

"Daripada jumlah itu, 45 varian Omicron dikesan manakala 13 lagi adalah varian Delta VoG.

"Kadar pengesanan 78 peratus menunjukkan bahawa Omicron kini menggantikan Delta sebagai varian dominan di Sarawak," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam laporan terbaharunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Dr David berkata, kes Omicron itu dikesan dalam sampel yang diambil di Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri.

"Kebanyakan kes itu dikesan berlaku melalui penularan dalam komuniti," katanya.

Menurutnya lagi, berikutan peningkatan semula kes lositif COVID-19 di negara ini, beliau yang juga ahli Kumpulan Penasihat Vaksin Covid-19 Sarawak (SCoVAG), menasihatkan orang ramai yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya segera.

Ini kerana katanya, kajian menunjukkan dos penggalak perlu untuk meningkatkan penurunan paras antibodi untuk melindungi daripada jangkitan Omicron.

Peningkatan semula kes positif COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam apabila sebanyak 42 kes dilaporkan semalam berbanding 22 kes pada hari sebelumnya.

gera.

Berita Harian X