Selasa, 18 Januari 2022 | 11:03am
Foto FB Istana Negara
Foto FB Istana Negara

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan dan kedamaian di samping mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa," menurut hantaran itu.

– BERNAMA

Berita Harian X