Isnin, 17 Januari 2022 | 10:20pm
Anggota tentera memasang kawat berduri berikutan PKPD. - Foto hiasan NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Anggota tentera memasang kawat berduri berikutan PKPD. - Foto hiasan NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Kampung Batu Talam kena PKPD lusa

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di Kampung Batu Talam, Raub, selama dua minggu, mulai Rabu ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD di kampung yang terletak dalam Mukim Batu Talam itu dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

"Setelah meneliti pembentangan KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD dilaksanakan di lokaliti terbabit.

"PKPD akan dilaksanakan bermula 19 Januari hingga 1 Februari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, prosedur operasi standard (SOP) bagi lokasi PKPD sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Anggota polis melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya dalam kawasan PKPD. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD
Anggota polis melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya dalam kawasan PKPD. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD

Berita Harian X