Sabtu, 15 Januari 2022 | 8:53am
Foto hiasan
Foto hiasan

Hanya 95 mangsa banjir di Johor

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor bertambah baik apabila hanya terdapat 95 orang daripada 28 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding jam 12 tengah malam tadi, seramai 102 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di lima PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata kini hanya dua daerah sahaja masih terjejas dengan menyaksikan daerah Muar pulih sepenuhnya semalam.

"Sebuah PPS di Balairaya Kampung Jawa, Muar yang sebelum ini menempatkan seramai 98 mangsa daripada 28 keluarga, ditutup, jam 6 petang semalam.

"Segamat semakin pulih apabila kini terdapat 83 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di empat PPS, pagi ini.

"Ia berbanding seramai 90 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di empat PPS, malam tadi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daerah masih kekal dengan jumlah sama pada pagi ini dan tengah malam tadi iaitu Tangkak dengan 12 mangsa daripada tiga keluarga di sebuah PPS.

Katanya, sehingga kini, hanya satu jalan yang masih ditutup bagi semua jenis kenderaan meliputi Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi.

Berita Harian X