Rabu, 12 Januari 2022 | 7:37am
Datuk Masidi Manjun
Datuk Masidi Manjun

Kes COVID-19 bawah 12 tahun di Sabah membimbangkan

KOTA KINABALU: Hampir 20 peratus atau 50 daripada 253 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di negeri ini semalam membabitkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun menyifatkan perkembangan itu sebagai membimbangkan.

"Diharapkan semua ibu bapa juga guru mengambil langkah serta inisiatif supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan ke atas mereka yang masih belum layak menerima vaksin," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah berkata Sabah merekodkan empat kes kematian dengan masing-masing satu kes di Tawau, Pitas, Tambunan dan Kota Belud.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 288 orang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih seramai 235,692 orang.

"Seramai 748 pesakit menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 327 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua di Pusat Tahanan Sementara (PTS)," katanya.

Berita Harian X