Rabu, 5 Januari 2022 | 5:12pm
- Hiasan. FOTO NSTP
- Hiasan. FOTO NSTP

10,212 mangsa banjir masih di PPS

KUALA LUMPUR: Seramai 10,212 mangsa banjir daripada 3,167 keluarga masih berada di 131 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri, setakat jam 4.40 petang ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor merekodkan bilangan mangsa banjir paling ramai seramai 4,735 orang daripada 1,245 keluarga yang ditempatkan di 67 PPS.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir seramai 1,176 orang daripada 381 keluarga, yang kini ditempatkan di 21 PPS.

Sementara itu, sebanyak lapan PPS dibuka di Negeri Sembilan, menempatkan 924 mangsa banjir daripada 241 keluarga.

Di Sabah pula, jumlah mangsa banjir seramai 2,752 orang daripada 1,135 keluarga, yang ditempatkan di 24 PPS.

Di Melaka, seramai 585 orang daripada 153 keluarga ditempatkan di sembilan PPS manakala di Selangor, seramai 40 mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Berita Harian X