Isnin, 3 Januari 2022 | 2:25pm
Sungai Segamat antara sungai di Johor melepasi paras bahaya. FOTO NSTP
Sungai Segamat antara sungai di Johor melepasi paras bahaya. FOTO NSTP

4 sungai di Johor lepasi paras bahaya

JOHOR BAHRU: Empat sungai di negeri ini, Sungai Segamat di Bandar Segamat; Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat; Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur dan Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar, melepasi paras bahaya, setakat jam 1.30 tengah hari tadi.

Menerusi data di portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini, Sungai Segamat di Bandar Segamat merekodkan paras 10.43 meter (m) berbanding paras bahaya 9.14 m.

Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat pula merekodkan paras 6.88 m berbanding paras bahaya 6 meter manakala Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur mencatatkan paras 4.44 m berbanding paras bahaya 4 m.

Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar, pula merekodkan paras 2.56 m berbanding paras bahaya 2.35 m.

Empat sungai di Johor turut merekodkan paras amaran membabitkan Sungai Simpang Kanan di Parit Belemam, Batu Pahat; Sungai Skudai di Kampung Laut dan Sungai Muar di Panchor serta Sungai Kesang di Telok Rimba, Muar.

Berita Harian X