Ahad, 2 Januari 2022 | 11:41am
Paras air di kebanykan sungai utama di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan. - Foto fail NSTP
Paras air di kebanykan sungai utama di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan. - Foto fail NSTP

Paras sungai utama di Terengganu mula menurun

KUALA TERENGGANU: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan pagi ini.

Bagaimanapun, dua sungai masih melepasi paras amaran manakala lapan lagi direkodkan melepasi paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut yang mencatatkan bacaan 34.38 meter (m) berbanding paras normal 28.5m.

Selain itu, Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman juga masih melepasi paras amaran dengan bacaan 3.74 m berbanding paras normal 1.4 m.

Sementara itu, lapan lagi sungai di Terengganu direkodkan melepasi paras waspada masing-masing membabitkan tiga di Setiu, tiga di Dungun serta masing-masing satu di Besut dan Hulu Terengganu.

Di Dungun, ia membabitkan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja (36.4m ), Sungai Dungun di Kuala Jengai (19.68m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (10.84m)

Ketika ini, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja menunjukkan trend menaik, Sungai Dungun di Kuala Jengai pula menunjukkan trend menurun dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau pula berada dalam keadaan mendatar.

Sementara di Setiu, tiga sungai yang direkodkan melepasi paras waspada adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut.

Dua lagi sungai yang turut melepasi paras waspada adalah Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Kampung La, Besut.

Berita Harian X