X
Sabtu, 1 Januari 2022 | 9:33pm
Paras air yang semakin tinggi di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Paras air yang semakin tinggi di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat

SEGAMAT: Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,167 mangsa daripada 1,080 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam ini.

Ia berbanding hanya 1,080 mangsa daripada 658 keluarga yang ditempatkan di 20 PPS, setakat jam 4 petang tadi.

Tangkak menjadi daerah kedua terjejas banjir di Johor juga meningkat kepada 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak malam ini, berbanding hanya 17 mangsa daripada tiga keluar pada jam 2 petang tadi.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di Segamat terus naik kepada 1,136 orang daripada 290 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS di daerah berkenaan.

"Sebanyak 20 PPS dibuka di Segamat membabitkan di Balai raya Kampung Sermin (lapan mangsa), Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (45 mangsa daripada 13 keluarga) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun (169 mangsa daripada 38 keluarga).

Paras air semakin tinggi di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Paras air semakin tinggi di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Keadaan banjir di Kampung Lembah Bakti, Tenang, pagi tadi. - NSTP/Ahmad Ismail
Keadaan banjir di Kampung Lembah Bakti, Tenang, pagi tadi. - NSTP/Ahmad Ismail

"PPS yang turut dibuka adalah di Balai raya Kampung Paya Lenga (lima mangsa), Balai raya Paya Lebar (15 mangsa daripada tiga keluarga) dan Balai raya Kampung Gelang Chinchin (tujuh mangsa daripada tiga keluarga).

"Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang (267 mangsa daripasa 73 keluarga) dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang (enam mangsa) dan PPS Sekolah Kebangsaan Batu Anam (256 mangsa daripada 70 keluarga).

"SJK (C) Tah Kang (164 mangsa daripada 33 keluarga), Balairaya Kampung Awat (17 mangsa daripada 6 keluarga), Balairaya Taman Bukit Lentang (tujuh mangsa), Balairaya Kampung Jabi 1 (23 mangsa daripada enam keluarga) dan Balairaya Jalan Pemuda (dua mangsa)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vidyananthan berkata, empat lagi PPS baru dibuka di Segamat petang tadi.

Ia membabitkan Balairaya Tungku Tiga (empat mangsa), Balairaya Kampung Sekijang (21 mangsa daripada tujuh keluarga), Sekolah Agama Mukim Jabi (23 mangsa daripada enam keluarga) dan Sekolah Agama Gemereh (17 mangsa daripada tiga keluarga).

Berita Harian X