Khamis, 30 Disember 2021 | 7:54pm
Orang ramai yang balik umrah di balai ketibaan KLIA dipakaikan peranti digital ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Orang ramai yang balik umrah di balai ketibaan KLIA dipakaikan peranti digital ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Balik umrah pakai peranti pengesanan digital

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 kaunter dan 40 petugas ditempatkan di bangunan Satelit C25, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membantu proses pemakaian peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangka masa yang diambil bagi saringan kesihatan dan pemakaian peranti pengesanan digital edgenta itu mengambil masa sejam 20 minit.

"Terkini mereka yang selamat kembali daripada umrah, telah dimulakan pemakaian digital tracker," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Jemaah umrah yang tiba di balai ketibaan KLIA dipakaikan peranti khas pengesanan (digital tracker device) sepanjang tempoh kuarantin di rumah ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.- Foto NSTP/ Aizuddin Saad

Beliau berkata pada masa ini, pemakaian peranti pengesanan digital itu adalah untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang menunaikan umrah, diwajibkan memakai peranti pengesanan digital berkenaan mulai minggu ini.

Khairy berkata, pelaksanaan pemakaian peranti itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 kes baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron di Malaysia adalah kes import dari Arab Saudi, yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lalu. – BERNAMA

Berita Harian X