KUALA LUMPUR: Sungai Langat di bandar Kajang, Hulu Langat merekodkan aras air melebihi tahap waspada sehingga jam 7.15 petang tadi.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan berkata paras air sungai di lokasi itu merekodkan melebihi tahap waspada dengan 25.31 meter (m) air melebihi 24.4 m sehingga jam 7.15 petang tadi
Sementara Sungai Langat di Taman West Country, Kajang, Hulu Langat pula berada pada tahap amaran iaitu air berada pada paras 10.79 m, melebihi 10.7 m.
Keadaan banjir kilat di Kajang petang ini.
Kredit: Awam pic.twitter.com/RHiMb5k2zR— Bencana2021 (@bencana2021) December 27, 2021
Terkini sungai di Kajang
Kredit: Amir Custom Garage pic.twitter.com/TDKT6iGVmb— Bencana2021 (@bencana2021) December 27, 2021
Justeru, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir di Hulu Langat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ekoran hujan lebat berterusan di daerah itu, hari ini.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), penduduk di daerah itu juga dinasihati untuk mengambil tindakan sewajarnya serta mematuhi arahan pihak berkuasa.