Jumaat, 24 Disember 2021 | 2:51pm

Sesi persekolahan ditangguh seminggu

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu berikutan banjir besar yang melanda beberapa negeri di seluruh negara.

Berikutan itu, sesi persekolahan bagi sekolah Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari 2022 dan keesokannya bagi Kumpulan B.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sesi penggal ketiga akan bermula pada 2 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi Kumpulan B.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dalam video di laman Facebook, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) amat mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru, terutama yang terkesan akibat banjir besar minggu lalu.

"Mengambil situasi banjir semasa di seluruh negara yang membabitkan murid, ibu bapa dan guru, sama ada secara langsung atau tidak, juga membabitkan sekolah yang terjejas teruk atau menjadi pusat pemindahan sementara (PPS),

sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan seminggu.

Anggota bomba membawa mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Anggota bomba membawa mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Sebahagian peralatan sekolah dan buku di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Dengkil rosak selepas dilanda banjir. - Foto BERNAMA
Sebahagian peralatan sekolah dan buku di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Dengkil rosak selepas dilanda banjir. - Foto BERNAMA

"Kementerian Pendidikan (KKM) cakna dengan kebajikan guru, murid dan ibu bapa ini, ini tempoh yang amat sukar untuk semua pihak.

"Kita faham mereka perlukan masa untuk siapkan keperluan sebelum mulakan sesi persekolahan. Kita doakan yang terbaik untuk mangsa," katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan menerusi kenyataan media.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Berita Harian X