Jumaat, 24 Disember 2021 | 11:21am
Keadaan air sungai Pahang di jambatan Temerloh, petang semalam. - Foto NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan air sungai Pahang di jambatan Temerloh, petang semalam. - Foto NSTP/ROSELAN AB MALEK

Empat sungai di Pahang rekod paras bahaya

KUALA LUMPUR: Empat sungai utama di Pahang, khususnya di daerah Bera dan Maran, masih merekodkan paras air bahaya setakat jam 10.30 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat terkini portal Public Info Banjir, empat sungai itu adalah Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera, yang mencatatkan bacaan 27.05 meter melebihi paras bahaya 26 meter; Sungai Pahang di Water Front, Bera, mencatatkan bacaan 29.88 meter melebihi paras bahaya 29.5 meter.

Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, mencatatkan bacaan 24.06 meter melebihi paras bahaya 23 meter dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran, mencatatkan bacaan 20.02 meter melebihi paras bahaya 19 meter.

Sementara itu, enam sungai di Pahang, Selangor, Kelantan dan Terengganu mencatatkan paras amaran.

Di Pahang, membabitkan Sungai Jengka di Kampung Jengka Batu 13, Maran; Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu) dan Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan.

Selain itu, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor; Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu, Terengganu.

Sementara itu, sungai lain yang mencatatkan paras waspada adalah Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong;

Paya Gintong, Jerantut; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.

Selain itu, Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor; Nanga Merit, Kapit; Long Telu, Miri; Punan Bah B, Belaga; Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak; Sungai Muar di Simpang 5 Darat, Tangkak; Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak.

Stesen Tapak Pengujian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur PRAB F2, Kuala Lumpur; Sungai Kesang, di Telok Rimba, Jasin, Sungai Duyong, Melaka Tengah dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

Berita Harian X