Khamis, 23 Disember 2021 | 5:39pm
Media Prima Berhad (MPB), menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima menyerahkan sebanyak 280 set kit ubat dan barangan kebersihan diri bernilai RM42,000 kepada mangsa banjir di Hulu Langat - Foto NSTP/Rohanis Shukri
Media Prima Berhad (MPB), menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima menyerahkan sebanyak 280 set kit ubat dan barangan kebersihan diri bernilai RM42,000 kepada mangsa banjir di Hulu Langat - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Media Prima sumbang 280 set kit kebersihan diri

Pix Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB), menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima menyerahkan sebanyak 280 set kit kebersihan diri bernilai RM42,000 kepada mangsa banjir di Hulu Langat.

Sebanyak 60 set diserahkan di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai, manakala 220 set lagi diserahkan oleh Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP di pusat pengumpulan barang bantuan mangsa banjir daerah Hulu Langat di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Kit kebersihan diri yang mengandungi pelbagai barangan penjagaan termasuk ubat gigi, sabun, berus gigi, tuala wanita, ubat-ubatan serta lampu suluh itu bernilai RM150.

Kit itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MPB, Rosli Sabarudin kepada Pegawai Angkatan Pertahanan Awam, yang juga Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Kapten (PA) Ruslan Lok.

Sementara itu Rosli mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima.

Beliau berkata, sumbangan itu membolehkan bantuan kit itu diagihkan kepada mangsa banjir yang terbabit.

"Hulu Langat menjadi destinasi pertama bantuan banjir diberikan dan selepas ini kita akan serahkan sumbangan kepada mangsa di

lokasi banjir lain pula," katanya.

Beliau berharap, orang ramai akan terus menghulurkan bantuan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membolehkan lebih banyak aktiviti bantuan diagihkan hasil sumbangan orang ramai.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu adalah Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Seramai 222 mangsa banjir membabitkan 53 keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Serai sejak Ahad lalu selepas rumah mereka di Kampung Sungai Serai dan Kampung Dusun Nanding terbabit banjir.

Berita Harian X