Ahad, 19 Disember 2021 | 1:40pm
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, meninjau gotong-royong membersihkan Masjid al-Wakil di pekan Lubok Cina, yang terjejas teruk akibat banjir. - Foto NSTP/HASSAN OMAR
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, meninjau gotong-royong membersihkan Masjid al-Wakil di pekan Lubok Cina, yang terjejas teruk akibat banjir. - Foto NSTP/HASSAN OMAR

Masjid dinaiki air sehingga dua meter

MASJID TANAH: Kerajaan negeri akan menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas melalui bancian peiabat daerah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata beliau sudah mengarahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mendapatkan maklumat mangsa banjir daripada Pejabat Daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

"Setakat ini, ada dua masjid yang terjejas teruk iaitu Masjid al-Wakil di Lubok Cina dan di Brisu, manakala di kawasan lain hanya membabitkan rumah.

"Saya perlu meneliti laporan kerosakan yang disediakan pejabat daerah tetapi bagi kerosakan masjid, sumbangan segera akan diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui meninjau gotong-royong anak kariah Lubok Cina membersihkan Masjid al-Wakil di pekan Lubok Cina, yang terjejas teruk akibat ditenggelami banjir.

Sementara itu, Pengerusi Masjid al Wakil, Nasarudin Mohd, 60, berkata masjid itu amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menjalankan kerja pembaikan dan mengganti pelbagai

barangan yang sudah rosak.

Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Akaun Bank Islam 040240-1000-4828.

Berita Harian X