Rabu, 1 Disember 2021 | 2:55pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Omicron: Pelancong negara berisiko tinggi dihalang kunjungi Langkawi

PUTRAJAYA: Pelancong dari negara yang melaporkan penularan varian Omicron atau berisiko tinggi berlakunya penularan tidak dibenar menyertai program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata turut tidak dibenarkan ialah pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara berkenaan dalam tempoh 14 hari.

"Warganegara Malaysia yang pulang dari negara melaporkan penularan varian Omicron atau negara yang berisiko tinggi berlaku penularan, dibenarkan memasuki Malaysia melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin khas.

"Pelancong asing yang disahkan positif COVID-19 varian Omicron pula akan diisolasi di hospital swasta dan perlu menanggung sendiri kos rawatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Berita Harian X