Isnin, 25 Oktober 2021 | 9:57am
Orang ramai beriadah di Presint 6 sempena cuti hujung minggu ketika tinjauan semalam. - Foto BERNAMA
Orang ramai beriadah di Presint 6 sempena cuti hujung minggu ketika tinjauan semalam. - Foto BERNAMA

Nilai Rt naik 0.88

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini meningkat kepada 0.88 hari ini, berbanding 0.87 yang direkodkan semalam.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatat Rt tertinggi hari ini iaitu pada tahap 1.

Kebanyakan negeri juga mencatatkan peningkatan Rt berbanding semalam.

Negeri yang mencatatkan nilai Rt di bawah 1 iaitu Wilayah Persekutuan (0.96), Selangor (0.95), Sabah (0.92) dan Melaka (0.97), Putrajaya (0.97), Kedah (0.90).

Negeri dengan kadar Rt di bawah paras 0.90 ialah Pulau Pinang (0.83), Johor (0.88), Kelantan (0.86), Pahang (0.82), Perak (0.81), Terengganu (0.86), Sarawak (0.81), Perlis (0.81) dan Labuan (tujuh kes).

Semalam, Malaysia merekodkan 5,666 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif di negara ini mencecah 2,431,716 kes.

Berita Harian X