Khamis, 21 Oktober 2021 | 9:27am
Lokasi naskah al-Quran ditemui dengan kesan dibakar di jambatan Tasik Taman Seri Impian, Kluang semalam. FOTO PEMBACA
Lokasi naskah al-Quran ditemui dengan kesan dibakar di jambatan Tasik Taman Seri Impian, Kluang semalam. FOTO PEMBACA

Wanita bersenam jumpa al-Quran dibakar

KLUANG: Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan al-Quran dengan kesan dibakar di jambatan Tasik Taman Seri Impian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, polis kini giat menjalankan siasatan kes itu dari pelbagai sudut.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya melaporkan kepada polis bagi memudahkan siasatan.

"Polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian itu ketika bersenam di kawasan tasik berkenaan.

"Wanita berkenaan terjumpa senaskhah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan kertas dan ayat saja.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X