Khamis, 21 Oktober 2021 | 8:24am
RUU Undi 18 dan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar akan dibentang ketika sidang DUN bulan depan - Aminuddin. FOTO NSTP
RUU Undi 18 dan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar akan dibentang ketika sidang DUN bulan depan - Aminuddin. FOTO NSTP

DUN Negeri Sembilan bersidang 29 November

SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, kerajaan negeri menjangkakan untuk membentangkan empat rang undang-undang (RUU) sewaktu persidangan itu merangkumi RUU Undi 18 dan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal.

"Turut akan dibentangkan ialah RUU Enakmen Tanah Adat dan Perbekalan. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan bersama EXCO semalam," katanya menerusi catatan Facebook rasminya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Negeri Sembilan akan mengadakan karnival Deepavali bermula 25 Oktober hingga 3 Novembr ini dengan lokasi ditetapkan adalah di Seremban, Tampin dan Gemencheh.

Mengenai kadar vaksinasi, Aminuddin berkata sebanyak 100.7 peratus populasi dewasa di negeri ini melengkapkan vaksin dengan 101.3 peratus lagi menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.

"Ini bermakna 74.9 peratus daripada keseluruhan populasi di Negeri Sembilan lengkap divaksin manakala bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 23.6 peratus lengkap divaksin serta 13 peratus menerima dos pertama," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut berharap kanak-kanak yang layak divaksin dapat mengambil suntikan vaksin itu bagi melindungi mereka terutama sewaktu sesi pembelajaran bersemuka di sekolah. – BERNAMA

Berita Harian X